Chocolate Spread atau dalam bahasa melayu coklat sapuan memang telah menjadi makanan asas buat masa sekarang semasa sarapan untuk disapu atas roti terutama roti Gardenia (sampai Gardenia juga mengeluarkan coklat sapuan - Delicia). Jenama Nutella adalah yang paling popular sampai kalau kita sebut saja nutella orang sudah dapat memahami yang kita maksudkan itu ialah coklat sapuan bukan brand keluaran Ferrero. Cukuplah terkenal sampai Ferroro akan mengadakan event khas untuk 3 orang peminat tegar Nutella pada January 2020 di pop-up Nutella-themed hotel di Napa Valley Califonia! Sudah tentu semua menu berasaskan nutella!
Sekarang ni goggle aje nutella...bermacam-macam variasi resipi boleh kita perolehi. Saya juga pernah berkongsi (Nov 2008) resipi ala nutella kat blog lama saya (Coklat sapuan macam nutella yummy..yummy)
Tapi sekarang saya lebih gemar membuat coklat sapuan berdasarkan resipi ini kerana lebih mudah untuk diingat, sedap dan flexible ..
200 gm coklat
50 gm mentega kekacang
50 gm minyak
secubit cinnamon powder (optional)
Cara:
- Cairkan coklat secara mengunakan kaedah double-boil atau microwave. Kalau mengunakan kaedah microwave panaskan secara berperingkat supaya coklat tidak terbakar.
- Tambah mentega kekacang, minyak dan cinnamon. Kacau hingga sebati.
- Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk beberapa jam untuk set. Bila nak makan keluarkan ke suhu bilik seketika untuk melembutkannya sebelum sapu pada roti atau biskut. Untuk tahan lama produk ini harus disimpan dalam peti sejuk.
Mungkin anda tertanya apa yang saya maksudkan dengan resipi ini flexible? Flexibility adalah dalam bentuk pemilihan bahan...
- Coklat yang disarankan adalah coklat makan (eating chocolate) bukan coklat masak kerana lagi sedap dan qualiti bahan lebih bermutu (eg. lemak dan koko). Paling sedap ialah coklat couverture (real chocolate) tetapi jika harga perlu dikawal sebaiknya guna coklat compound (1/3 harga couverture). Kemanisan coklat sapuan ini bergantung pada jenis coklat yang pilih...coklat hitam atau coklat susu. Yang gemar coklat sapuan yang manis gunalah coklat susu tapi pada yang hendak mengawal kandungan gula boleh guna semua coklat hitam atau campuran coklat hitam/coklat susu (75%/25% atau 50%/50%).
- Mentega kekacang (nut butter) adalah apa-apa jenis kacang atau bijirin yang dikisar sehingga mengeluarkan minyak eg: kacang tanah (peanut butter), hazelnut (yg diguna oleh Nutella), bijan (tahini) etc Kalau nak ringkas guna saja produk komersial, tapi bagi yang nak buat buat ikut cita rasa sendiri bolehlah panggang kekacang pilihan dan kemudian kisar. Selepas tu kita boleh jenama kan coklat sapuan kita ikut kekacang yang kita pilih..peanutella, tahinatella, almondtella etc..
- Minyak berfungsi untuk memcepatkan coklat melembut pada suhu bilik supaya mudah untuk disapu pada roti (eutectic effect). Kalau anda berhasrat untuk buat 'healthy chocolate spread' gunalah minyak yang premium seperti extra virgin olive oil, virgin coconut oil, red palm oil etc. Tetapi kalau harga perlu dikawal saya sarankan guna minyak kelapa sawit yang elok, disamping berkhasiat kita juga dapat menolong menaikkan pasaran komoditi sawit di Malaysia
- Saya suka guna cinnaman power kerana ia dapat menaikkan rasa dan bau coklat. Anda boleh guna vanilla atau perisa lain ikut cita rasa masing-masing..tak letak pun tak apa.
Kenapa panjang lebar saya bercerita adalah kerana resipi mudah ini kita boleh manafaatkan untuk keluarga kita di samping boleh dijadikan hadiah pada jiran tetangga dan lain-lain. Di samping itu juga bagi yang hendak menjana pendapatan anda boleh membuat resipi anda yang unik dan sedap berdasarkan resipi asas tersebut dan memilih kombinasi bahan yang sesuai dan harga yang berpatutan. Contoh resipi (Homechoc peanutella..300 gm sebekas) yang saya guna untuk jualan amal bagi Tabung pembinaan Masjid Sentosa - sedap, cost effective dan sihat!
200 gm coklat compound (50% coklat hitam/ 50% coklat susu)
50 gm peanut butter
50 gm red palm oil
secubit cinnamon powder
p/s Masjid Sentosa yang terletak bersebelahan taman tempat tinggal saya masih dalam pembinaan dan dijangka siap hujung tahun 2020.. Unit Pembangunan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Sentosa masih mengalu-alukan sumbangan wakaf ..pada yang ingin memberi sumbangan boleh terus ke facebook mereka: https://www.facebook.com/Unit-Pembangunan-Jawatankuasa-Pembinaan-Masjid-Sentosa-2191011091039840/


0 Comments